Wednesday 11 April 2012

NESCAFE v/s MOCHA


BAB 1

Hari ini aku cuba siapkan assignment yang Puan Akma minta. Rasa macam nak meletup kepala aku ni. Lebih-lebih lagi subjek law yang amat “berhantu” dalam kalangan student kat sini. Aku masih merenung laptop aku yang sudah panas berpusing.
“Errgghh! Tensionnya aku!! Ha.. baik aku online. Mana tahu ada status-status yang menarik aku nak like. Hehehe..” aku bermonolog sendirian.
Nora yang masih khusyuk membaca novel langsung tak pedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Minaci tu memang masalah. Kalau dah mula membaca, gempa bumi pun dia tak kisah agaknya.
“Hello Kitty” itulah nama profile facebook aku. Motif? Entahlah… mungkin  kerana aku sangat menyukai warna merah jambu dan kucing.
“Ermmm.. tak ada yang menarik pun” LOGOUT!
Hanna Aisa binti Shahrom. Itulah nama yang atuk aku kasi! Macam nak sedapkan? Hehe… baik korang cakap sedap, kalau tak aku starlight dahi korang! Kawan-kawan aku semua panggil aku Hanna. Aku ni boleh tahan gediknya. Hello… normallah perempuah gedik. Hehehe… tapi aku tahu had-had gediknya aku ni. So tak berapa nak perasan la kegedikan aku ni. Aku gedik dengan kawan-kawan aku saja. Eh, lebih kepada manja kot. Entahlah, tak pandai aku nak describe pasal diri aku ni. Aku bukannya penulis novel.

                Sudah hampir satu jam aku berangan, so time untuk siapkan assignment aku. Sebelum itu Nescafe  !!! Itu favorite aku satu-satunya. Itu jela ubat penghilang mengantuk aku. Aku nie asal bukak buku ja macam ada jampi serapah suruh aku pejam mata. Aku ini cukup menyampah bab-bab menghafal. Tapi nak buat macam mana aku terpaksa hadap juga.
                “ Hanna, aku tidur dulu ya. Kepala dengan mata aku dah berat ni. Rasa macam nak tumbang dah. Good night…”
                “ Cis, kau ni baru study lebih sikit saja nak membuta awal.”
Nora memang jenis tidur awal. Aku ni saja mata macam burung hantu, susah nak tidur awal. Akhirnya aku sempat siapkan assignment law aku. Dah kering otak aku macam sotong kering kena jemur, punya puas aku perah nak keluarkan idea-idea hikmat. So, esok tak ada masalah aku nak keluar release tension sebab kerja aku dah setle!!!

Guling punya guling mata aku masih tak mahu lelap. Ish! Rasa macam nak letak pita pelekat saja kat mata ni bagi pejam. Tapi nanti parah aku pulak nak cabut. Terpaksalah aku berangan… Entah kenapa, aku tiba-tiba teringatkan Iskandar. Jejaka poyo yang pernah ada dalam hati aku. Sakit hati aku yang lama menghilang datang menyerbu. Masih terbayang wajah tampan kacukan Melayu Bugis milik lelaki idaman pelajar sekolahnya itu. Senyuman yang boleh mencairkan hati mana-mana gadis yang melihatnya. Sepasang mata redup yang menyejukkan hati. Ah, rupa paras tak menggambarkan hatinya yang buruk! Hampir 2 tahun menyulam kasih, dia menghilang tanpa khabar berita. Saat aku bersusah payah menduduki SPM. Sebab itulah result Kimia aku “LULUS” aje. Memang aku lemah Kimia pun sebenarnya.
‘ Manalah dia sekarang ya. Sihat atau sakit…’ Alah, buat apa ingat orang yang sendiri tak mahu ingat kita! Tanpa aku sedari air mata aku mengalir sayu. 3 tahun perkara itu berlalu dan aku sedikit pun tak mampu untuk melupakannya. Mungkin inilah namanya penangan cinta pertama. Aku masih menyimpan gambar kami masa di sekolah dahulu. Aku tersenyum sambil makan ais krim dan dia tertawa seolah-olah dia terlalu bahagia bersama aku. Indahnya saat itu hanya mampu terlukis di sekeping gambar buat kenangan.


BAB 2
Hari ini aku plan nak lepak Sunway saja. Saja nak cuci mata. Mungkin aku akan terserempak Iskandar. Aduh, kenapa aku masih terpikirkan mamat poyo tu! Spoil mood pagi-pagi ni saja.  Nora pula khusyuk membelek baju kat butik. Aku masih duduk di kerusi sambil minum Cool Blog.
‘Ramai jugak manusia hari ni, nasib sempat datang awal. Kalau tak mesti parking penuh sampai ke bumbung,’ hati Hanna berbisik sambil matanya liar memandang sekeliling.

Hati Hanna tercuit melihat pasangan-pasangan kekasih yang berjalan beriringan. Timbul rasa cemburu di dalam hatinya. Umur dia sudah menjangkau angka 21 tapi masih single. ‘Alah, apa nak kesah. Mak cik Ann aku tu dah 36 tapi solo lagi. Hish, terkena penangan dia kot ni?’ Hanna menampar-nampar pipinya, semakin difikir semakin merapu otaknya berlari.

“Hah, yang kau ni bosan sangat ke sampai tampar pipi sendiri” Nora meletakkan beg-beg kertas penuh dengan pakaian.
“Ya, aku bosan. Kang aku tempeleng Banggla cleaner tu tak pasal masuk lokap lak.” Nora mencebik mendengar jawapan loyar buruk kawannya itu.
‘Muka ja cantik, mulut macam apa lagi’ Nora menjuihkan lidahnya.
“Kutuk aku la tu. Dah jom, aku nak masuk Watson kejap nak beli shampoo. Dah habis, sampai aku rasa nak bedal sabun basuh baju.” Hanna mengheret tangan Nora yang masih terkial-kial memungut beg-beg bajunya.

Ketika Hanna tengah khusyuk memilih shampoo tiba-tiba seorang lelaki tertolaknya. Habis botol-botol shampoo terjatuh. Berderau darah Hanna sampai ke otak bila semua orang dalam kedai itu memandang ke arah mereka. Lelaki itu memandang tepat ke arah Hanna.

“Hoi, badan aku ni taklah besar macam divider jalan! Yang kau nak sondol jugak kenapa??” Hanna mula menyinga.
“Amboi saudari, sopannya bahasa. Memang kat Zoo kau cakap macam tu ek? Kau ni bini Tarzan ek?” Lelaki itu membidas.
“Ewah-ewah… sudahlah langgar kita, dia panggil kita bini Tarzan pulak. Oi, dah langgar tu tak reti nak mintak maaf ke? Tak sekolah punya olang!!”
“ Daripada mintak maaf kat perempuan macam kau lebih baik aku cakap dengan patung kat kedai baju tu! Tahu jugak patung tu nak senyum. Bukan macam kau!”

Nora yang melihat kejadian itu terus menarik tangan Hanna. Takut keadaan bertambah teruk, dia cukup masak dengan perangai Hanna yang tak suka beralah.
“Sudahlah Hanna, bukan dia orang suruh kau susun balik pun. Jomlah bayar, malu orang tengok.” Nora cuba memujuk. Tapi Hanna masih membantu sambil merenung tajam ke arah lelaki yang berada di hadapannya. Nora dapat melihat arus elektrik mengalir disebalik renungan tajam mereka berdua.
“Kali ni memang aku rasa nak tempeleng anak orang!” Belum sempat Nora menghalang satu tamparan kuat berbunyi. Tergamam semua orang yang melihat, dah macam filem hindustan pulak. Nora terus tarik tangan Hanna keluar dari Watson, bukan apa takut Hanna turut makan pelempang lelaki tu. Melihatkan tubuh lelaki tu yang tinggi dan tegap, mau sebulan pipi Hanna tu bengkak kalau kena penangannya.

Lelaki itu masih terdiam sambil matanya menyorot melihat dua gadis itu berlari. ‘Kurang ajar punya perempuan. Dia lempang aku kat public. Jatuh saham Aaron Aziz aku kat sini! Jumpa kau lagi siap la aku pijak-pijak kau macam belalang!’ lelaki itu menyumpah-nyumpah dalam hati.

Zafran melihat kawannya pelik. Mukanya merah padam macam kena cili padi. Tadi bukan main kalut lagi nak beli minyak rambut. Dah tahu jenis jaga rambut, boleh pulak dia tinggal minyak rambut kat rumah.

“Yang kau ni kenapa Ryan? Merah menyala aku tengok muka kau. Lepas kena cium dengan minah mat saleh ke?” Zafran tertawa mengekek dan berhenti bila melihat wajah serius Ryan.
“Aku kena lempang” ringkas jawapan Ryan sambil membetulkan rambutnya yang sedikit “patah” sebab terkena angin semasa memandu kereta. Mulut Zafran ternganga luas dek terkejut yang amat.
“Kau tak payah nganga luas-luas sangatlah, anak beruang pun boleh landing tidur dalam mulut kau tu” Zafran menutup mulutnya. Dia merenung wajah Ryan mencari jawapan.
“Siapa pulak lempang mamat romeo ni? Tak pernah aku tengok kau kena lempang dengan orang selain kakak kau.”
“Bini Tarzan sesat” Zafran bertambah keliru.
“Nantilah aku cerita. Sekarang jom pergi beli tiket wayang. Nanti terlepas aku nak tengok John Carter. Abang aku tu berlakon. Hahahaha” Zafran menjuihkan bibirnya bila Ryan mengaku Tom Cruise tu abangnya. Nak termuntah!

Hanna masih bungkam di dalam kereta rasa sakkit hatinya masih belum kebah. Benci betul kalau dia ingat pasal tadi.
‘AAAARRGGGHH!!!!’ tiba-tiba jeritan Hanna bergema. Nora tersentak, nasib baik kereta tak terbabas.
“Kau ni kenapa? Nasib baik aku selalu bagi jantung aku ni makan vitamin, kalau dia lemah dah lama kau dengan aku masuk ke longkang tu” Nora mengurut dadanya.

Hanna rasa hatinya belum puas walaupun sudah menampar lelaki itu di depan khalayak ramai. Dia patut ganyang lelaki tu sampai pengsan, baru puas!
“Ha, mulut tu membebel-bebel kenapa? Kau baca jampi serapah ke?” Nora hairan melihat mulut Hanna terkumat-kamit tapi bait-bait patah sebutannya tak jelas.
“Ya, memang aku tengah menjampi. Aku nak sumpah mamat gelong tu jadi tenggiling. Pastu boleh aku sepak-sepak dia buat macam bola.!” Hanna senyum kambing melihat jelingan Nora.

2 comments: