Thursday 12 April 2012

Nescafe v/s Mocha


BAB 3

Habis saja kelas Law Hanna terus melangkah ke kafe untuk membasahkan tekaknya yang kering. Tiba-tiba dia terpandang Sofia dengan seseorang. Jelik benar hatinya melihat Sofia terliuk-liuk dengan lelaki tu. 

‘Dah patah agaknya tulang belakang tu! Aku sesah dengan batang mop karang berdiri tengak sampai ke tua!’ Hanna mencapai tin mocha. Tiba-tiba matanya membutang!
‘Mamat Tenggiling tu! Eh, sejak bila aku panggil dia tenggiling? Lantaklah janji binatang tu tak cute! Sesuai dengan muka dengan rambut tercacak macam tu!’ Mata Hanna bertambah meluat melihat Sofia yang menggedik-gedik di sebelah lelaki itu.
‘Sesuai sangatlah tu tenggiling dengan ular sawa batik!’ kutuk hatinya.

Hanna meletakkan buku-buku dan tas tangannya di meja. Lega tekaknya selepas meneguk air mocha yang sejuk. ‘Lambat pulak Nora ni. Dia tak tahu ke mata aku ni dah berbintik-bintik tengok adegan Lagenda Budak Iblis, eh Lagenda Budak Setan kat sini.’
Dari jauh terlihat Nora melambai-lambai tangannya ala-ala Miss World gitu. Dia masih tak perasan asap yang dah berkepul-kepul atas kepala kawannya itu.

“Helllo baby... sorry lambat. Aku jumpa Alam tadi” Nora tersenyum-senyum sambil membetulkan bedak di mukanya. Hanna masih mendiamkan diri memendam rasa cuka.
“Kau ni kenapa diam pulak?” Hanna menjuihkan bibirnya ke arah Sofia dan Ryan. Siap buat gaya nak termuntah lagi.
“Sofia? Kenapa, kau bukan tak biasa tengok dia dengan lelaki kat kolej ni.”
“Aku tak kesah la pasal Sofia tu. Tapi kau tengok binatang apa kat tepi dia tu. Tenggiling!” Nora memusingkan kepalanya pantas sambil mencari-cari kelibat tenggiling. Dahinya berkerut.
“Tak ada pun!” lurus jawapannya sambil matanya meliar mencari tenggiling yang dimaksudkan Hanna.
“Tu! Mamat yang aku tempeleng Sabtu lepas. Dia kolej ni jugak ke? Tak pernah nampak pun. Aduh, semak otak, ginjal, paru-paru, jantung dan lain-lain.” Nora merenung tajam ke arah mereka. Nora terus menepuk dahi. Kepalanya terus terbayang apa yang akan terjadi kalau mereka bertembung. Mahu terbalik kerusi meja kat kafe ni.

Debaran dada Nora makin kencang bila lelaki itu terpandang ke arah mereka.

‘Aik, bini Tarzan tu ada kat sini la! Entah-entah dia berlajar dekat sini. Aduh!’ Ryan mula rasa rimas.
‘Hekeleh tenggiling nie ushar-ushar pulak. Perasanlah tu!’ Hanna menjeling kasar lalu memungut barang-barangnya untuk beredar. Risau makin lama dia tengok muka lelaki itu makin tinggi naluri nak tempeleng anak orang.

“Jom, Nora! Panas pula kafe ni aku rasa. Rasa bahang orang banyak dosa!” saja dikuatkan suaranya bagi pasangan itu dengar. Sofia menjeling kasar kerana terasa hati. Nora terpinga-pinga turut melangkah pergi.
‘Jaga kau bini Tarzan. Aku akan balas dendam!’ tekad hati Ryan. Tak pernah dia rasa sakit hati dengan perempuan macam yang dia rasa sekarang.

Hanna menyisir rambutnya yang sedikit kusut di tiup angin. Jarang dia melepaskan rambutnya, selalunya dia mengikat kemas. Tapi hari ini dia sengaja nak lepas rambut. Rambutnya yang ikal ala-ala Lisa Surihani itu memang cantik. Ditambah dengan warna hitam pekat. Di kolej Hanna bukanlah gadis yang menjadi rebutan kerana dia jarang menonjolkan diri. Masanya habis di bilik, library, kelas. Jarang dia melepak di kafe dengan kawan-kawannya. Di kolej, title “Ratu Kolej” dipegang erat oleh Sofia kerana sifatnya yang kejar popular dan ala-ala diva. Ditambah lagi wajah kacukan Melayu Inggeris bertambah-tambah dengan kekayaannya memang lelaki memandang Sofia penuh pakej sempurna.

Kepala Hanna mula berserabut bila memikirkan “tenggiling” yang belajar di kolej itu. Bermakna makin kerap dia akan berjumpa dan bergaduh!
“TTIIIDDDAAAKKKK!!!!!!” suara nyaring Hanna bergema di seluruh kamsis puteri. Hanna mengetuk kepalanya dengan bantal. Rasa dunianya akan musnah seperti bom atom menghentam Nagasaki.!

“Kau ni kenapa perempuan oi? Dah macam orang gila aku tengok” Nora yang baru selesai membersihkan diri melihat Hanna yang serabai macam orang tak betul. Tapi hatinya dapat rasakan dia tahu kenapa kawannya jadi macam tu. ‘mesti pasal tenggiling tu’ Nora tertawa sendirian.
“Kau jangan nak ketawa sangat! Kang ada jugak Final Destination kat sini” Hanna menjeling tajam ke arah Nora yang dah berguling-guling ketawakannya.
“Alah, kau ni. Pasal tenggiling tu kau nak Final Destination kan aku. Dah la pergi mandi pastu kita pergi makan McD. Kempunan pula perut aku ni” Mata Hanna berseri-seri. Lagipun perutnya memang tengah menyanyi lagi Mr Saxo Beat sebab lapar sangat. Sepantas kilat dia meloloskan diri dalam bilik air.
“Kau belanja ek!!!” sayup suara Hanna dari bilik air. Nora tersenyum, cukup kenal kawannya itu. Marahnya cepat datang cepat pula hilang. Sudah 4 sem dia bersama Hanna dan masih berbaki 2 sem sebelum mereka menamatkan pelajaran di kolej itu.

Tak sampai 10 minit Hanna sudah selesai mandi dan bersiap ala kadar. Dia jarang mengenakan solekan di wajahnya. Rimas katanya. Nora yang baru selesai mengenakan tudung terkejut melihat Hanna sudah tersenyum di pintu bilik sambil memegang kunci kereta.
‘Lajunya minah ni siap!’ Nora menyembur minyak wangi dan DONE!
Nora menggelengkan kepala melihat Hanna yang lahap makan Mc Chicken 2 biji. Lapar sangat agaknya.
“Kau ni makanlah pelan-pelan. Kang tercekik siapa pulak nak buat CPR dekat kau!” Hanna menyeka mulutnya yang comot terkena mayonis.
“Aku ni lapar dari pagi lagi. Tapi bila terpandang tenggiling tu terus hilang selera aku” Hanna meneruskan memakan Mc Chicken nya.

Sofia dan Ryan keluar dari kereta beriringan menuju ke McD. Sofia yang perasan cantik tu mengibaskan rambutnya. Dah macam keldai pun ada. Hanna masih tak perasankan kehadiran mereka masih menjamu selera dengan penuh ketenangan.
Sehabis mereka membeli Ryan dan Sofia mencari meja. Hari itu orang agak ramai kerana awal bulan gaji masih banyak.

“Ryan, tepi tu ada meja. Cepat nanti orang lain ambil pulak” Sofia terus berjalan membiarkan Ryan membawa dulang sendirian.
“Ewah minaci ni. Ingat aku kuli batak dia ke apa. Nasib baik cun!” Ryan mengutuk dalam hati.

Tiba-tiba Hanna yang baru mahu bangun mencuci tangan telah berlanggar dengan Ryan. Habis baju Hanna lencun dengan air Coke. Sekali lagi darah Hanna menyirap bila terpandang Ryan yang masih terkejut dengan kejadian tu.

“Mangkuk ayun bertingkat!!! Buta ke apa kau ni! Asyik nak menyusahkan aku je!!!” Nora ternganga melihat keadaan Hanna yang lencun.
“Oi perempuan! Kau elok-elok sikit cakap tu! Aku smash muka kau sekali bisu sampai tua!!!” Muka Ryan mula merah.
“Memang kau buta! Yang kau pakai sunglasses dalam McD ni kenapa! Bukan tak ada bumbung kat sini! Sekarang baik kau mintak maaf sebelum aku bertindak!” Hanna memegang cawan Coke nya.
“Aku tak akan mintak maaf! Sebab kau yang cuai! Sepatutnya aku simbah kau dengan asid!” tangan Hanna mula terketar-ketar menahan marah. 

Dan KEDEBUSH!!! Air Coke mengalir laju di kepala Ryan. Nora bertambah tergamam melihat Hanna yang bertindak agak tidak rasional. Sofia membutangkan matanya melihat kejadian itu dan bertambah marah melihat Hanna.

“Hey perempuan! Kau ni memang tak ada adab kan. Baik kau mintak maaf sebelum aku tampar kau!” Sofia mula meninggikan suaranya.

Hanna menjeling tajam ke arah Sofia yang berdiri tegak tidak jauh dari mereka. Hati Sofia berdebar kerana dia cukup tahu kalau Hanna mengamuk apa akibatnya. Hanna mencapai piring kecil yg dipenuhi sos cili lalu bergerak pantas ke atas Sofia. Sepantas kilas sos itu memenuhi dress pendek Sofia. Sofia menjerit menahan geram!

“Dah, jom blah! Dan kau, ini bukan yang terakhir!” Hanna menarik tangan Nora sambil menjeling ke arah Ryan yang masih berdiri memandangnya dengan penuh benci.
“You! Tengok dress I nie! Habis kotor.” Suara Sofia yang merengek merimaskan Ryan.
“Diamlah!!!” Ryan menghempas talam dan terus keluar dari McD. Niat untuk mengejar Hanna tidak kesampaian bila mereka sudah hilang.

3 comments: