Thursday 26 April 2012

NESCAFE v/s MOCHA


BAB 4

Hari ini kelas Ekonomi batal. Jadi bolehlah Hanna merehatkan diri puas-puas. Hanna mengemas almarinya selepas seminggu dibiarkan semak. Tiba-tiba diari lamanya jatuh dan beberapa keping kertas bertaburan. Hanna mencapai buku lama yang agak lusuh itu. Hatinya bagai disiat-siat kerana melihat surat-surat yang pernah dikirim oleh Iskandar buat dirinya.

Awak nampak comel sangat bila ikat rambut macam itu. Saya suka. –iskandar-“

Hanna tersenyum membaca nota yang pernah diselitkan oleh Iskandar di dalam buku nota Sainsnya. Dia membuka lagi sekeping nota bewarna biru.

“Awak tunggu saya di kantin ya. Saya belikan awak ais-krim corneto kegemaran awak. –sayang iskandar-“

“Awak kena janji PMR ni awak kena dapat lagi banyak A dari saya. Kalau tak saya tak nak sayang awak dah,” Iskandar merenung mata Hanna.“Mana awak pergi Is? Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa awak mungkir janji?” soalan demi persoalan bermain di fikirannya. Hanna mencium surat-surat yang diterima daripada Iskandar. Masih terbau minyak wangi Iskandar. Hanna terjelupuk di lantai. Ingatan terhadap Iskandar datang bertalu-talu.

“Ala... saya tak pandai Sainslah. Susah... saya tak suka!” Hanna merengek manja.
“Tak apalah. Kita belajar sama-sama. Saya janji kita akan belajar sama-sama sampai SPM.” Hanna tersenyum mendengar kata-kata semangat daripada Iskandar.
“SPM saja? Lepas tu awak nak tinggal saya?” tiba-tiba hati Hanna terpaut sayu.
“Taklah... sampai bila-bila. Saya janji” Iskandar menghulurkan jari kelingkingnya. Hanna menyambutnya dengan senyuman manis. Iskandar mencubit pipi Hanna. Mereka tertawa bahagia.

Lama perkara itu berlalu bersama kenangan. Kini Hanna berusaha sendiri mencapai kejayaan. Hanna cuba untuk membakar semua kenangan yang Iskandar pernah tinggalkan. Tapi banyangan Iskandar tersenyum membuatkan hatinya lemah. Bertapa cinta pertama itu kuat sehingga kini hatinya tertutup untuk menerima cinta lagi. Bukan tidak ada lelaki yang mahukannya. Tapi dia serik untuk bercinta lagi ataupun sebenarnya hati Hanna masih dimiliki oleh Iskandar.

Nora hanya memandang sayu ke arah kawannya itu. Tahu benar kenapa Hanna boleh menangis sebegitu. Masa awal-awal perkenalan mereka dahulu, Hanna menangis menceritakan kisahnya bersama Iskandar. Nora turut tersentuh mendengar cerita itu. Pada orang lain mungkin mereka akan anggap cerita Hanna seperti cinta monyet kerana masih di alam persekolahan. Tapi bagi Hanna yang merasakannya ia tidak main-main.

“Hanna, dah nak masuk waktu zohor. Jom solat.” Nora menyentuh lembut bahu Hanna. Hanna tersentap, diseka air mata yang masih berbaki. Dia mengangguk lemah.
Usai mengerjakan solat Zohor mereka beriringan menuju ke kafe membeli makanan tengah hari. Hanna tak banyak bercakap. Mungkin hatinya masih sayu.
Nora meletakkan sepinggan Nasi Goreng Ayam kegemaran Hanna dengan segelas Nescafe ais. Nora melabuhkan punggung di hadapan Hanna. Hanna masih termenung jauh tanpa menyedari Nora sudah berada di hadapannya.

“Udah ler menung tu cik Hanna. Ayam tu pun dah boring tengok muka awak macam tu. Makanlah dulu, nanti sambung balik menung awak tu kat bilik. Menunglah sampai tembus dinding, saya tak halang,” Hanna tertawa mendengar Nora memerlinya. Hanna terus menyuap makanan masuk ke mulutnya. Terasa nikmat kelazatan makanan itu sampai pinggan pun dia jilat. DAHSYAT TU!!!!

“Lusa aku nak balik kampung. Tengok Opah aku. Kau nak ikut?” Hanna mengajak Nora.
“Kampung mana? Pulau Pening?” Nora memandang Hanna. Terangkat kening Hanna mendengar Nora menyebut nama negeri kampungnya itu “Pulau Pening” ??
“Kau ni, aku sumbat tulang ayam ke anak tekak kau nanti sia-sia saja usia remaja kau! Pulau Pinanglah!” Nora tertawa kuat. Sengaja dia mahu menarik perhatian Hanna.
“Alah... aku saja je nak acah kau. Kalau tak ada program aku on je. Berapa hari kau nak balik?”
“Aku rasa 3 hari je kot. Sebab Isnin dengan Selasa kan cuti so sempatlah kita rehat sekejap sebelum masuk kelas.” Nora mengangguk-angguk. Hanna tertawa kuat, Nora pelik.
“Yang kau ketawa ni kenapa?”
“Hahaha... aku tengok kau dah macam burung tukang je. Terangguk-angguk.” Ketawa Hanna makin kuat.
“Aku sepak naya ja!” Nora mencebikkan mulutnya, merajuk. Hanna masih ketawa lalu Nora turut ketawa. Seronok hatinya melihat Hanna sudah mahu tersenyum.

Dari jauh Ryan memandang ke arah Hanna dan Nora yang seronok berbual. Hatinya merasa sakit melihat Hanna yang tersenyum-senyum. Masih teringat kejadian kelmarin apabila rambutnya melekit akibat terkena hujan air Coke. Ditambah pula ketawa Zafran yang nyaring menusuk telinganya. Hatinya membara melihat Hanna tertawa seolah-olah mengejeknya. Ryan bingkas bangun menuju ke arah Hanna dan Nora. Zafran tercengang melihat Ryan tergesa-gesa.

“Oi perempuan!” Hanna mengangkat kepalanya melihat ke arah Ryan. Hilang senyumnya serta merta.
“ Tenggiling sampai dah...” Nora bisik perlahan namun masih boleh didengari oleh Ryan.
“Kau nak apa? Nak mandi air sirap limau pulak?” Hanna menjeling kasar. Terasa bencinya membuak-buak.
“Aku nak kau mintak maaf!” Ryan menggenggam tangannya. Kalau tidak kerana Hanna perempuan, agaknya dah ICU dah minah ni.
“OK. Maaf. Bye” Hanna mengangkat buku-buku yang ada dan terus berlalu. Nora terus mengejar Hanna.
Entah kenapa Ryan merasa pelik melihat Hanna yang selamba meminta maaf seolah-olah tiada apa yang berlaku. Suaranya turut mendatar, tidak lagi meninggi seperti sebelum ini.
‘Demam agaknya minaci ni’ Ryan menjongket bahu.

Ryan masih khusyuk menyiapkan tugasan Matematiknya. Dia cukup tak suka subjek itu tapi disebabkan subjek itu merupakan subjek wajib kursusnya terpaksalah dia hadap juga. Di dalam kelas kepalanya melayang entah ke mana. Dia memang tak boleh langsung nak fokus bila subjek Matematik bermula. Sejak dari sekolah lagi Matematik bukanlah mata pelajaran kegemarannya.

“Bro! Kenapa aku tengok kau ni stress je”  Zafri hairan melihat rakan baiknya itu serabut semacam.
“Tak ada apa-apalah. Aku ok je” Ryan berpura-pura khusyuk membuat assignmentnya. Kepalanya memikirkan macam-macam sampai tak tahu apa puncanya dia serabut.

Zafri cukup kenal rakannya itu. Pasti ada yang tak kena sebab dia tak suka memikirkan sesuatu dengan serious. Malahan kalau esok peperiksaan akhir pun, dia tak akan belajar betul-betul. Tak suka semakkan otak katanya. Tak mungkin kerana Sofia, bukan Sofia seorang wanita yang ada di hati Ryan. Ryan ni memang cukup terkenal dengan playboy nya itu. Amira, Intan, Fatin dan entah siapa-siapa lagi perempuan yang dia sebut setiap hari sampai naik muak Zafri mendengarnya.

‘Aku mesti balas dendam! Aku tak suka nampak kalah kat mata perempuan. Jatuhlah standard aku!!! Tak guna betul kau Bini Tarzan! Satu hari nanti kau mesti dapat balasan sebab tak habis-habis nak malukan aku.’ Entah berapa kali dia berazam seperti itu tapi bila bertembung pasti lain jadinya.

Di bilik, Hanna dan Nora sibuk mengemas baju dan barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung Hanna. Hanna mengemas sambil menyanyi riang. Seronok betul nampaknya dia hendak pulang.

“Amboi hang Hanna, seronok noh nak balik kampung noh. Menyanyi sakan noh,” Nora perli Hanna dalam lorat utara. Hanna terus mengalihkan kepalanya pantas.
“Hahahahaha... buruknya kau cakap utara. Kenapa banyak sangat “noh” kau tu! Mau strok Opah aku kalau dengar. Hahahaha,” Hanna dah terguling-guling gelakkan Nora. Nora tersenyum kerang, tahu salahnya.
“Ala.. at least aku mencuba OK.” Nora membela diri.
“Better kau tak payah cakap beb. Kambing pun teror lagi. Hahaha” Hanna tak dapat menahan diri dari terus ketawa.
“Dahlah aku nak tidur! Esok aku nak bangun awal jumpa Encik Farid.” Nora terus merebahkan diri di katilnya. Penat sungguh badannya.
“Eleh, sikit-sikit touching. OK lah. Good night friend!” Hanna terus memadamkan lampu meja Nora.

No comments:

Post a Comment